Nak Pasang WiFi Rumah Tapi Tak Tahu Cara? Ini Panduan Lengkap Untuk Anda!

Masih pening nak pasang internet di rumah? Ramai rakyat Malaysia hadapi masalah yang sama. Artikel ini akan bantu anda buat keputusan tanpa pening kepala!

1. Semak Liputan Kawasan Anda

Sebelum daftar, semak dulu sama ada kawasan rumah anda menyokong fiber optic atau hanya boleh guna broadband biasa. Boleh semak di laman web telco masing-masing.

2. Ketahui Jenis Pelan yang Ada

Pelan internet di Malaysia datang dengan pelbagai pakej: data tanpa had, pakej keluarga, atau pelan “bekerja dari rumah” dengan router percuma.

3. Kaji Tempoh Kontrak dan Caj Tersembunyi

Ada pelan yang murah tapi ikat kontrak 24 bulan. Semak juga sama ada ada yuran pemasangan, caj penghantaran modem, atau penalti tamat awal.

4. Mohon Melalui Wakil Sah atau Laman Rasmi

Elakkan scammer. Hanya mohon melalui wakil sah berdaftar atau laman rasmi telco seperti Unifi, TIME, Maxis dan sebagainya.

5. Pastikan Anda Dapatkan Promosi Terkini

Ramai tak tahu — setiap bulan ada promosi baru! Kadang-kadang boleh dapat modem percuma, diskaun bil 3 bulan, atau cashback jika mohon online.

baca lebih lanjut>>

Advertisement

Top Stories